Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah telah dibina pada tahun 1996 di kawasan perumahan Taman Bukit Indah, Ampang. Sekolah ini mula beroperasi pada bulan Disember 1998.
Pendaftaran pelajar-pelajar perintis bermula pada 21 hingga 28 Disember 1998. Pada peringkat awal, hanya terdapat 268 pelajar yang berdaftar iaitu 258 pelajar tingkatan 1 dan 10 pelajar peralihan. Pelajar-pelajar inilah yang memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 1999.
Secara purata jumlah pelajar telah meningkat kepada 1303 pada April 2003 dengan kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 disamping mempunyai 63 orang tenaga pengajar.
Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan 4 tingkat iaitu Balai Anggerik, Anjung Bakawali, Anjung Cempaka dan Anjung Dahlia. Di Balai Anggerik, terletaknya ruang pejabat, pusat sumber guru, bilik disiplin, kelas-kelas tingkatan, bilik wawasan dan bilik kaunseling. Di Anjung Bakawali terdapat bilik guru, pusat sumber sekolah, kelas-kelas tingkatan dan bilik APD. Di Anjung Cempaka pula terdapat makmal-makmal sains, kantin dan studio seni. Dan disusuli oleh Anjung Dahlia yang menempatkan kelas-kelas tingkatan, bengkel-bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik kejuruteraan. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai sebuah kabin yang menempatkan kelas-kelas tingkatan, sebuah makmal komputer dua tingkat dan juga sebuah dewan serbaguna yang 85% siap.
Di samping itu, prasarana sekolah ini termasuklah juga sebuah padang yang digunakan untuk pelbagai jenis aktiviti seperti ragbi dan golf, sebuah gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola tampar.
0 comments: